Ramuan Produk & Penjelasan
RAMUAN UTAMA PRODUK Minda Mumtaz
- Madu Lebah (Honey)
- Badam (Almond)
- Habbatus Sauda’ (Black Seed)
- Kacang Adas (Lentil)
- Kurma (Dates)
- Tin (Figs)
- Kismis (Raisins)
- Zaa’faran (Saffron)
- Halia (Ginger)
PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI Minda Mumtaz
1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu
adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan
penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan
tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat
menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan
membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan
kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.
Firman
Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam -
macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi
manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69
2. BADAM (ALMOND)
Badam
juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak
yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan
manusia.
Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin
20% DV bagi magnesium
15% DV bagi phosphorus
13% DV bagi riboflavin
8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin
3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus
Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi
Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya
memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat
meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik
dan pelbagai lagi khasiatnya.
Sabda
Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya
terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith
Riwayat Hadith dan Muslim
Sharjah,
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 13 Ogos - Jintan hitam atau lebih dikenali
sebagai habbatus sauda dalam bahasa Arab dipercayai dapat mencegah
jangkitan selsema babi atau influenza A (H1N1).
Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.
Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - Agensi
sumber: Utusan Malaysia 14 Ogos 2009
Menurut kajian yang disiarkan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan China, ia boleh digunakan dengan merendam herba tersebut dalam air suam dan airnya diminum pada waktu pagi.
Akhbar Al-Khaleej melaporkan, kajian tersebut telah menyebabkan penjualan jintan hitam meningkat sebanyak 50% di beberapa negara Asia dan Arab Saudi serta Mesir.
Minuman tersebut turut diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan umrah di Mekah dan Madinah. - Agensi
sumber: Utusan Malaysia 14 Ogos 2009
4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan
(kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar
(sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa
yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang
putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa
menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan
meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu
boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.
5. KURMA (DATES)
Kurma
merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat
Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat
pemakanan yang diperlukan.
Firman
Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon
kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak
kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"
6. TIN (FIGS)
Dalam
Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun
dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan
polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber
yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal
bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di
kalangan pelajar.
7. KISMIS (RAISINS)
Kismis
merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia
dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang
memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang.
Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan
pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud:
"
Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan
keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna
kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"
8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan
merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus.
Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan
sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat
perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating
dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis
ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.
Sayidina Ali pernah menyatakan: "
Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur
dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia
dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir.
9. HALIA (GINGER)
Menurut
Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia
digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.
Halia
dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat
karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan),
mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.
No comments:
Post a Comment